Hotel Al-Ansar, Jalan Maju, 15000 Kota Bharu Kelantan. Tel 609-7422055 Faks 609-7422154 Email hotelalansar@gmail.com

Single Blog Title

This is a single blog caption
8 Apr

PENGORBANAN PETUGAS BARISAN HADAPAN HRPZ II DIHARGAI

 

KOTA BHARU: Ketika negara sedang dilanda wabak COVID-19, barisan doktor, jururawat serta kakitangan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan semua hospital di seluruh negara merupakan barisan hadapan yang setia menggalas tugas mengekang wabak yang sedang tular ini.

Barisan hadapan bekerja siang dan malam bagi memastikan para pesakit yang positif Covid-19 kembali sembuh dan tidak menjangkiti orang lain.

Mengambil kira komitmen dan pengorbanan mereka, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) tampil untuk memberikan sumbangan sebagai tanda penghargaan kepada barisan hadapan yang bertugas dengan menyediakan makanan tengah hari kepada mereka yang terlibat.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan dan Pembangunan) Kumpulan PKINK, Mohamad Nasriff Daud berkata, sebanyak 315 pek makanan tengah hari diserahkan untuk diagihkan bermula hari ini selama 5 hari berturut-turut untuk semua kakitangan HRPZ II yang bertugas.

“Mereka bertungkus lumus melaksanakan tugas tanpa sempat memikirkan soal makan minum, penat dan lelah. Sumbangan ini adalah tanda penghargaan dan terima kasih serta sebagai cara kami bagi menzahirkan keprihatinan dan sokongan moral kepada mereka,” katanya selepas membuat penyerahan makanan di HRPZ II, Kota Bharu hari ini.

Turut hadir bersama Pengarah HRPZ II Dato’ Dr Selasawati Ghazali, Timbalan Pengarah I HRPZ II Dr Mohd Azman Yacob, Timbalan Pengarah III HRPZ II Dr Tengku Annas Fathy Tengku Ahmad dan Pengurus Hotel Al-Ansar Atira Ludin.

Mohamad Nasriff turut berharap orang ramai senantiasa mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan oleh kerajaan sebagai langkah mengekang penularan wabak COVID-19 yang telah menjadi pandemik sebagaimana yang diisytiharkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Sementara itu, Dato’ Dr Selasawati merakamkan ucapan terima kasih kepada Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad, Yayasan Iktisad Darulnaim dan Hotel Al-Ansar yang sentiasa prihatin serta hadir memberi sumbangan kepada pihak hospital setiap tahun.

“Tempoh ini merupakan satu tempoh yang amat mencabar buat kami. Sumbangan sebegini dapat meringankan beban untuk kami terus berkhidmat dan menghadapi cabaran demi menjaga kesihatan dan kesejahteraan masyarakat,” ujarnya.

Leave a Reply

× Ansar Hotline